Tuesday, December 20, 2011

projek 1 malam

Marble oh marble...

choc. moist cake yang tidak asing lagi...

Sebahagian dari  projek minggu lepas... ada lagi yang lain, tapi biasanya malas nak ambik gambar sebab sama sahaja seperti yang lepas-lepas... minggu ini? sudah ada yang menanti malam esok...

2011 sudah sampai ke penghujungnya... segala suka & duka sepanjang tahun menjadi pengalaman berharga yang tidak ternilai harganya... kepada customer tesya d'home choice, ribuan terima kasih diucapkan... tanpa sokongan kalian,  siapalah saya...

untuk makluman, disebabkan kenaikan harga barangan bakeri, maka saya juga tidak terkecuali dari tempiasnya.. harga kek & tarts terpaksa direvise semula. mungkin ada yang kurang percaya, tapi saya pasti rakan-rakan bakers yang lain juga senasib dengan saya..

walau apa pun, setakat ini semangat saya masih utuh. Insya'Allah, walau apa pun halangannya akan saya gagahi, kerana menyerah kalah bukanlah prinsip saya... moga usaha homemade saya ini akan diberkati Allah, dipermudahkan semua urusan hendaknya...
~aminnn~